Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang
manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia
sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "MinalMunzharin" seperti
halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan
kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu
beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn
Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang
yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula
seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada
pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yg
di kenali dgn "syaqq" manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup
di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh
Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau
bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal
ialah orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia
mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula
ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan
dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yang kelihatannya masih muda;Berbadan Besar
dan agak kemerah-merahan;Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang
seolah-olah dahankayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling
ketara sekali ada dua:Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah
kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan
berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua:
Tertulis didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini
dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau
tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam
diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg
terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg
sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim", bahawaDajjal itu sudah
wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau danditunggu oleh seekor
binatang yg bernama "Al-Jassasah". Terdapat hadis mengenainya..
(tetapi terlalu panjang utk ditulis.. andaboleh membaca terus dari buku).
Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawaDajjal itu telah ada dan ia
menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utkkeluar menjelajah permukaan bumi
ini dan tempat "transitnya" itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya
kepada umat ini, selamaempat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya
adalah sama dgnsetahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama
dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa.
Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan
dan14 hari.
Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: "Wahai
Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab:
Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg pertama seperti setahun dan
hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari
yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg
biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang
sepertisetahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja
(iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari
itudgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.."
Maksud Sabdaan
Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu.
Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah
berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu
sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah
berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah
waktu Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu
Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnyahingga habis hari yg panjang itu
sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang pun pada sehari itu
sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari
Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk
menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan
yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama
dengannya. Benda-benda beku akanmematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia
Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun
berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa dan
pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan
turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal
akan muncul membawa ujian. Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan
berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi
menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil
pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn
Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada
diriwayatkanpenyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan
org ygtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para
sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:"Jadi
apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu
wahaiRasulullah?"Nabi menjawab:"Mereka akan merasa kenyang dengan
bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan
menggantikan makanan." H.R IbnuMajah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama
dengannya seumpama syurga danneraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal
akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat
yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu
sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang
tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada
kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan
itu seperti kepantasanjet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih
pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat
ditempuhdalam satu jam"… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi
ini?Nabi menjawab:"Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan
"Al Ghaist" (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang
kencang." H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki
dua Bandar suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan
kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal.
Bagi syaitan, inilahmasa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu
Adam a.s.